Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri sedang duduk makan, datang seorang pengemis berpakaian lusuh memintaa belas kasihan pada mereka.
"Tolonglah encik, saya lapar. Sejak semalam saya tidak menjamah sesuap nasi."
Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isterinya yang cantik lalu menghalau dan menengking pengemis itu.
Dalam hatinya berkata,"Aku membina perniagaan sehingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diriku dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya pula telah berkahwin dengan lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya menghadap makanan, tiba-tiba seorang penggemis mengetuk pintu meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh si isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada si pengemis, si isteri menakup muka sambil menangis. Si isteri memberitahu suaminya bahawa si pengemis itu adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.
Suaminya menjawab dengan tenang,"Demi Allah, sebenarnya, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu."
.............................................................................................................
RASULULLAH S.A.W bersabda yang bermaksud, " Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan."
ANAS BIN MALIK pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Barang sesiapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barang sesiapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang sesiapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya."
WALLAHUA'LAM~~