Wednesday, 24 June 2015

BAJU ANAK KHALIFAH


        Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, anak Omar bin Khattab pulang dari sekolah sambiil menangis. Ketika ditanya oleh ayahnya, anak itu menjawab, "Teman-temanku menghitung tampalan bajuku dan mengejekku. Kata mereka,"lihatlah anak Amirul Mukminin, bajunya bertampal-tampal seperti ini," 

        Mendengar penngaduann anaknya itu, timbullah rasa kasihan dalam hati Omar terhadap anaknya itu. Oleh kerana itu, beliau telah mengirimkan sepucuk surat kepada Bendahara negara, meminta agar beliau dipinjamkan wang 4 dirham dengan jaminan gajinya bulan depan dipotong. 

        Maka Bendahara negara itu mengirimkan surat jawapan yang berbunyi,"Wahai Omar, adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan ? Bagaimana kalau kau matii sebelum membayar hutangmu ? Apakah yang akan kau perbuat terhadap hutangmu itu di hadapan Allah?" 

         Membaca surat itu, maka Omar tersungkur menangis, lalu berkata kepada anaknya, "pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi." 

          ..................................................................................................

Subhanallah . Dasyatnya pemikiran umat Islam zaman dahulu. Banyak ikhtibar yang kita boleh ambil dari cerita pendek ni. Semoga dapat sedarkan kita. Apa pun yang kita buat, jangan lupa untuk letakkan Allah yang pertama, di tempat yang teratas. 
wallahualam ~

-CeritaSertaDoa-