Friday, 26 June 2015

SI PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK


  Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri sedang duduk makan, datang seorang pengemis berpakaian lusuh memintaa belas kasihan pada mereka.  
    "Tolonglah encik, saya lapar. Sejak semalam saya tidak menjamah sesuap nasi."   
      
  Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isterinya yang cantik lalu menghalau dan menengking pengemis itu.
         
   Dalam hatinya berkata,"Aku membina perniagaan sehingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diriku dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. 
            
   Beberapa  tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya pula telah berkahwin dengan lelaki lain. 

  Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya menghadap makanan, tiba-tiba seorang penggemis mengetuk pintu meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh si isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. 

    Setelah memberi sepinggan nasi kepada si pengemis, si isteri menakup muka sambil menangis. Si isteri memberitahu suaminya bahawa si pengemis itu adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.  

    Suaminya menjawab dengan tenang,"Demi Allah, sebenarnya, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu."

       .............................................................................................................

RASULULLAH S.A.W bersabda yang bermaksud, " Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan." 


ANAS BIN MALIK pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud, 

"Barang sesiapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barang sesiapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang sesiapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya."


WALLAHUA'LAM~~

Wednesday, 24 June 2015

BAJU ANAK KHALIFAH


        Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, anak Omar bin Khattab pulang dari sekolah sambiil menangis. Ketika ditanya oleh ayahnya, anak itu menjawab, "Teman-temanku menghitung tampalan bajuku dan mengejekku. Kata mereka,"lihatlah anak Amirul Mukminin, bajunya bertampal-tampal seperti ini," 

        Mendengar penngaduann anaknya itu, timbullah rasa kasihan dalam hati Omar terhadap anaknya itu. Oleh kerana itu, beliau telah mengirimkan sepucuk surat kepada Bendahara negara, meminta agar beliau dipinjamkan wang 4 dirham dengan jaminan gajinya bulan depan dipotong. 

        Maka Bendahara negara itu mengirimkan surat jawapan yang berbunyi,"Wahai Omar, adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan ? Bagaimana kalau kau matii sebelum membayar hutangmu ? Apakah yang akan kau perbuat terhadap hutangmu itu di hadapan Allah?" 

         Membaca surat itu, maka Omar tersungkur menangis, lalu berkata kepada anaknya, "pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi." 

          ..................................................................................................

Subhanallah . Dasyatnya pemikiran umat Islam zaman dahulu. Banyak ikhtibar yang kita boleh ambil dari cerita pendek ni. Semoga dapat sedarkan kita. Apa pun yang kita buat, jangan lupa untuk letakkan Allah yang pertama, di tempat yang teratas. 
wallahualam ~

-CeritaSertaDoa- 

TEMUDUGA SENIBINA DALAMAN (UiTM) - DEGREE


Hai korang. Acaner puasa? Alhamdulillah, dah seminggu kita puasa. Still ada 3 minggu sebelum kita sambut Aidilfitri. Means ada lagi 3 minggu untuk kita khatamkan bacaan Al-Quran and berlumba buat pahala bonus. *trawih la. bulan lain takda taww bonus cmni 

Okay, so sekarang, main purpose entry kali ni ialah, nak bagi sikit pendedahan dekat adik-adik luar sana on interview dekat UiTM. Hakak and habang pon boleh laa ambil ilmu sikit sebab interview nie untuk students yang nak sambung degree. 

Alhamdulillah sangat-sangat sebab Zati dapat iv on kos yang Zati betul-betul minat. Kos apa? 
Jeng Jeng Jeng ....... *tengok tajuk pun tahu. hahaha .. 
Yaa, Interior Architecture. So bila dah dapat peluang iv untuk kos yang kita minat takkan la nak buat main-main lak kann.. *oqang kedah kata, buat halai-balai* Haa.. memang tak laa nak buat halai-balai. ngee.. Kalau tak dapat, mereput la gua kat rumah -..-

Zati iv IA dekat UiTM Seri Iskandar, Perak. Tapi kalau study degree untuk IA ni dekat Shah Alam*if i was not mistaken* so, pagi2 buta sebelum subuh lagi Zati dah gerak dari rumah, heading to perak. stop kat rnr untuk solat and breakfast ja, then gerak balik and sampai UiTM Sri Iskandar tepat pkol 8pagi.

Then pergi ke fakulti senibina, perancangan dan ukur. Ada banyak bilik dekat situ and setiap bilik tu untuk kos lain-lain. Senibina dalaman, Senibina, Landskap, Perancangan bandar n wilayah and apa lagi tah. mak tak inggat laa nak. Dont worry, dekat pintu bilik tu dah ada lekat nama kita. Cari la ikut kos yang ditawarkan.

Oh, before that, Zati nak bgtau jugak, yg iv ni consist of 2 sessions. Sesi pertama, ujian melukis. Sesi kedua baru laa kna bertentangan empat mata dengan interviewer kat situ.

i) UJIAN MELUKIS 

Benda yang kita kena lukis, simple jaa. Shapes. dyorang akan letak 1 meja dekat tengah2 and kita duduk keliling laa. Atas meja tuu akan ada banyak bongkah-bongkah kayu yang dyorang dah susun. kita kena lukis ikut side view kita ja.

- pen (untuk isi borang)
- jangan lupa bawak pensil 2B. pensil lain tak dibenarkan.
- pemadam *kecuali awak memang jenis lukis takpayah padam
- penggunaan pembaris adalah dilarang sama sekali. (kena freehand)
- time given is 2 hours
- kertas A3 disediakan

So, tips sikit, sebelum mula melukis, tengok dulu betul-betul model tu. Make sure lukisan awak balance. Maksudnya, tak la bulat awak tu ter'over' besar/kecil dari rectangle. Balance laa.

For starting, jangan terang sangat drawing awk tu. Sketch lembut-lembut ja dulu. Takut kalau salah lukis nanti, susah padam. Pastu lekat laa bekas2 pensil. Pastu comot laa drawing awak. haaaaa ... aiyokk .. *okay, aku dah start dah -..-
errr .. last sekali bila dah siap semua baru terangkan sikit, tapi jangan tekan sangat. Nak nampak kreatif sikit, buat la shading. Tapi kalau taknak pon takpa. tak kira sangat pon.

Habis 2 jam, drawing awak akan dikumpulkan ikut kos and awak dah boleh keluar and ready for the 2nd session.

ii) TEMU DUGA

Dokumen-dokumen yang perlu ada :

- surat panggilan temu duga *kena print
- sijil diploma/matrik/PASUM/STPM #
- sijil SPM #
- kepuutusan MUET #
- sijil kelahiran #
- kad pengenalan #
- sijil kelahiran dan kad pengenalan ibubapa #
- dokumen-dokumen dan sijil-sijil yang berkaitan
- calon lepasan Diploma Senibina/Senibina Dalaman DIWAJIBKAN bawa Design Portfolio

# : asal dan salinan yang telah disahkan

actually, benda ni semua will be informed bila awak dpt tawaran.
As usual, perempuan, baju kurung or something formal and kasut bertutup. lelaki, kemeja, tie, slack and berkasut.

Jadi ..... tu ja la. Zati taktau korang punya interview nanti mcm mana. Tapi ni apa yang Zati dah lalui and it was my pleasure to help you guys get some image of the iv. Hope membantu la.

Lastly, jangan lupa buat some revision. Study sikit tentang kos yang korang dapat tu. Time Zati, dia tanya, apa yang Zati tau tentang IA ni. Kenapa Zati minat. Who's my idol. Why i choose IA instead of other coarse.

Kalau ada tersalah info or what, im so sorry.
Good luck guys. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah.
Banyak-banyak berdoa and tawakal. *wink*wink*

BYEE ~~